Definisi Komputer

Peranti (alat yang direka cipta untuk melakukan tugas tertentu) atau mesin yang boleh diaturcarakan / digunakan untuk menerima data dan mengolah data seperti melakukan pengiraan matematik, logik atau pemprosesan lain, dan kemudian mengeluarkan data terproses secara bersistem.

Komputer Digital ?

  • Digital Komputer ialah satu mesin yang boleh menyelesaikan masalah matematik seperti mencari bilangan dan nilai purata.
  • Digital Komputer juga boleh membuat operasi logik untuk membandingkan dua nilai ( nilai yang kecil atau besar, menyusun data mengikut susunan
  • abjad).

Komp DigitalOleh kerana perisian-perisian terkini memerlukan kawasan yang luas dan kuasa komputer yang tinggi maka komputer yang digunakan di pejabat bukan lagi sebuah komputer biasa yang disertakan dengan sebuah monitor dan kad rangkaian. Mesin yang digunakan di pejabat kini seharusnya sebuah komputer yang bijak dan mudah dikendalikan. PC pejabat yang saya cadangkan mungkin lebih canggih sedikit daripada apa yang anda lihat atau gunakan, tetapi itulah spesifikasi yang sepatutnya bagi sebuah komputer pejabat.

Biasanya komputer pejabat digunakan untuk penggunaan e-mel, aplikasi pejabat dan rangkaian. Harga komputer pejabat yang sesuai dianggarkan adalah di antara 5 hingga 15 ribu ringgit Malaysia. Mungkin harganya tinggi bagi sebuah komputer biasa tetapi dengan pelaburan sebanyak itu sudah pasti produktivitinya juga dapat dibanggakan

Spesifikasi: ( Minimum yang dicadangkan )
CPU : 200Mhz

Memory : 32Mb Ram

Harddisk : 4.2 Gb

VGA Card : 4 @ 8 Mb

Monitor : 15″ @ 17″

NIC ( Network Interface Card ) 10/100base dan

Set Multi media

Lain-lain peralatan pejabat :
Iomega Jaz @ Zip

Cd Writer

Laser Printer

Scanner

PC Rumah

Komp Rumah

Kegunaan komputer di rumah biasanya berdasarkan kepada cita rasa individu, tidak ubah seperti membeli sebuah rumah atau kereta. Sehubungan itu anda perlu mengambil kira siapa penggunanya dan perisian aplikasi apakah yang hendak digunakan bersama komputer tersebut.

Kini terdapat juga sistem komputer untuk kegunaan di rumah yang dijual dengan harga lebih kurang RM 2,000 sehingga RM 4,000.

Spesifikasi: ( Minimum yang dicadangkan )
CPU : 200Mhz

Memory : 32Mb Ram

Harddisk : 4.2 Gb

VGA Card : 4 @ 8 Mb

Monitor : 14″ @ 15″

Modem 56k

Set Multi media

Lain-lain peralatan rumah :
Bubble Printer

Scanner

Video Cam

sumber : http://mpk.rmp.gov.my/nota/literasi/definisi.htm

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: